Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peningkatan jumlah peniaga dan pengunjung menyebabkan tempat kereta sedia di Pasar Sentral Sibu tidak mencukupi kata Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting Ing Horh. Foto Aziz Soleh (TVS)

Pasar Sentral Sibu perlu tempat letak kereta tambahan

ByFebbright James

SIBU, 19 Jun: Pasar Sentral Sibu memerlukan tempat letak kenderaan tambahan untuk menampung pengunjung dan peniaga yang semakin meningkat.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting Ing Horh berkata, ketika ini seramai 1,100 peniaga direkodkan beroperasi di pasar berkenaan.

Peniaga dedah ‘rahsia’ buah dabai dari Kapit dan Song lebih enak

Kata beliau, majoriti pengunjung kini datang ke pasar menggunakan kenderaan sendiri berbanding menaiki perahu suatu ketika dahulu.

“Oleh itu wujud keperluan untuk meningkatkan fasiliti di sini.

“MPS sedang menunggu kelulusan diberikan oleh Kerajaan Sarawak berhubung permohonan untuk membina tempat letak kereta tambahan yang mampu menampung 300 buah kereta. Ini merupakan sebahagian daripada permohonan pembesaran pasar ini,” katanya.

Clarence Ting. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas hadir menyambut Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di pasar berkenaan di sini hari ini.

Sementara itu, Clarence memberitahu, MPS juga bercadang untuk menyediakan lebih banyak lot niaga kepada masyarakat Iban di pasar itu.

Pelbagai barangan makanan basah termasuk ayam hidup dijual di Pasar Sentral Sibu. Foto Aziz Soleh (TVS)

“Mereka memerlukan tambahan tempat berniaga kerana komuniti Iban semakin ramai datang ke pasar ini untuk membeli barangan dan produk-produk seperti hasil hutan.

“Ini juga boleh menarik lebih ramai pengunjung ke Pasar Sentral Sibu ini,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan