Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas(tiga kiri) merasmikan Majlis Perasmian Bazar Gawai di Pentas Utama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) malam tadi. Foto: TVS

Masyarakat Dayak terus bersatu ‘Segulai Sejalai’ sokong pentadbiran kerajaan – Uggah

KUCHING, 19 Jun: Masyarakat Dayak akan terus bersatu dengan semangat ‘Segulai, Sejalai’ menyokong pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia bagi memastikan hala tuju sokongan tersebut menyumbang kepada pembangunan negara khususnya pembangunan di Sarawak.

“Kita juga berusaha sedaya upaya, dengan seluruh tenaga untuk bersama-sama memastikan pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan khususnya pelan tindakan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) akan berjaya dan jika ingin berjaya kita harus bersatu.

“Di sini masyarakat Dayak menunjukkan bahawa kita berada di belakang GPS dan Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Bazar Gawai di Pentas Utama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) malam tadi.

Pada masa yang sama katanya, Kerajaaan Negeri juga berharap agar aspirasi dan harapan serta keluhan sentiasa mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan untuk memastikan Sarawak terlibat bersama memajukan negara.

Jelasnya lagi, Sarawak amat berbesar hati kerana slogan ‘Segulai, Sejalai’ dipilih Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai cogan kata perpaduan.

Katanya, slogan yang digunakan masyarakat Dayak sejak tahun 1988 itu adalah usaha masyarakat Dayak untuk bersatu bagi menyumbang kepada pembangunan Malaysia khususnya di Sarawak.

Menurut Uggah, semangat ‘Segulai, Sejalai’ juga telah membawa kepada kejayaan penganjuran pelbagai majlis sempena Gawai Dayak tahun ini.

“Saya amat gembira dengan kerjasama ini, kerjasama semua komuniti Dayak dalam jawatankuasa kerana dengan kerjasama semua kita nampak dari Majlis Makan Malam Gawai Dayak dan Nitih Daun, maka majlis ini semuanya telah berjaya.

“Inilah yang boleh kita lakukan jika kita bersatu, bekerjasama dengan semangat ‘Segulai, Sejalai’, sebab itulah ia digunakan sebagai tema kita,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan