Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Satelit internet dengan kapasiti terbesar di Asia, Satelit Republik Indonesia (SATRIA)-1 dilancarkan oleh roket Falcon 9 milik Space X dari landasan di Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat pagi hari ini waktu Indonesia. Foto: Kominfo

Indonesia melancarkan satelit internet pertama terbesar di Asia

ByTVS

KUCHING, 19 Jun: Indonesia berjaya melancarkan satelit pelbagai gunanya, Satelit Republik Indonesia (SATRIA)-1 yang akan mengorbit tepat di atas Pulau Papua.

Satelit internet pertama Indonesia dilancarkan oleh roket Falcon 9 milik Space X dari landasan di Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat pagi hari ini waktu Indonesia.

Pemangku Menteri Komunikasi dan Informatik (Kominfo) Indonesia Mahfud MD berkata, satelit pelbagai fungsi itu berjaya dilancarkan ke angkasa lepas untuk menghuni orbit dan beroperasi dengan baik.

“Sudah tentu satelit ini bertujuan untuk meratakan liputan internet khususnya bagi tujuan pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat di pelbagai wilayah negara khususnya di kawasan kurang membangun, sempadan dan terpencil,” katanya.

Beliau juga berkata, satelit ini akan digunakan kerajaan untuk memudahkan akses ke kawasan yang sukar dicapai.

Satelit ini merupakan satelit pelbagai fungsi pertama kerajaan dengan kapasiti terbesar di Asia.

Beliau juga berharap pelancaran SATRIA-1 akan berjaya dan dapat menyokong kepantasan transformasi digital negara. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found