Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof menjawab soalan wartawan selepas merasmikan Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi 2023 di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Impak positif perdagangan Malaysia susulan kedudukan lebih baik Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang

ByAmirah Shawel

KUCHING, 19 Jun: Malaysia berada di kedudukan lebih baik apabila dinaik taraf ke Tahap 2 Pemerhatian (Tier 2 Watch List) berbanding Tahap 3 (Tier 3) dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) Mengenai Pemerdagangan Orang (US Tip Report) 2023.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkembangan ini memberi impak positif kepada sektor perdagangan negara dan menangkis persepsi negatif berkaitan isu buruh paksa di negara ini.

“Ini adalah hasil kerjasama dan usaha semua pihak yang telah membawa kedudukan Malaysia ke tahap lebih baik,” kata Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata demikian ketika berucap merasmikan Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi 2023 di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, di luar negara aktiviti perladangan adalah sebahagian perniagaan keluarga, jadi apabila mereka turun ke ladang kadang-kadang anak-anak pun dibawa sekali, justeru ini merupakan perkara biasa.

“Selagi kita tidak menyalahgunakan dan paksa anak-anak kecil (untuk bekerja). Jadi ini adalah perkara yang perlu kita jelaskan kepada mereka,” katanya.

Pada 2021 dan 2022, Malaysia berada di kedudukan Tahap Tiga dengan penilaian laporan tersebut merangkumi aspek pencegahan, pendakwaan dan perlindungan ke atas pekerja di semua negara berhubung hal ehwal perburuhan.

Laporan JNAS merangkumi aspek pencegahan, pendakwaan dan perlindungan ke atas pekerja di semua negara berhubung hal ehwal perburuhan.

Bagi menambah baik kedudukan Malaysia, kerajaan juga mengadakan beberapa perjumpaan dan perbincangan dengan pihak Amerika Syarikat untuk membincang serta memaklumkan mengenai situasi sebenar isu buruh paksa dan buruh kanak-kanak di Malaysia bagi tujuan menyelesaikan isu sekatan import atau Withhold Release Orders (WRO).

Menurutnya, penganjuran program Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi adalah bertujuan memberi penerangan dan khidmat nasihat di samping menyediakan platform bagi komunikasi dua hala bersama pemain industri.

Pihak pengurusan dan pekerja-pekerja ladang berpeluang berbincang berkenaan aspek-aspek perburuhan seperti hak serta tanggungjawab majikan dan pekerja, isu pemerdagangan orang, buruh paksa dan buruh kanak-kanak, amalan terbaik perburuhan, guna tenaga berteraskan mekanisasi dan automasi dan juga isu penguatkuasaan serta keselamatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan