Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin. Foto: TVS

Wanita hamil enam bulan ditahan kes penghinaan terhadap Agong

GEORGE TOWN, 18 Jun: Seorang wanita hamil enam bulan ditahan polis bagi membantu siasatan kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung penganugerahan pingat Kepada Tan Sri Lim Kit Siang baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, suspek berusia 32 tahun ditahan pada 13 Jun lalu selepas polis menerima laporan orang awam pada 7 Jun berhubung beberapa kandungan di media sosial yang berupaya menjejaskan ketenteraman awam.

Ujarnya, wanita itu ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di pekarangan Ibu Pebajat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) dekat sini kerana dipercayai memuat naik kandungan berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Ia berhubung penganugerahan pingat kepada Tan Sri Lim Kit Siang dan mengaitkan figura tersebut sebagai pencetus rusuhan 13 Mei 1969.

“Bahan bukti berupa komputer riba, telefon bimbit dan kad sim milik suspek turut diambil daripadanya bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kok Chin berkata, wanita itu bagaimanapun diberi jaminan polis pada hari sama kerana mengandung enam bulan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan