Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tewas kepada pasangan muda India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam dua set dengan keputusan 17-21, 18-21. Foto: David Andreas (TVS)

Terbuka Indonesia 2023: Aaron-Soh Wooi Yik terlepas kejuaraan

ByTVS

KUCHING, 18 Jun: Impian beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik untuk menjulang kejuaraan Terbuka Indonesia 2023 tidak kesampaian selepas tewas pada perlawanan akhir petang tadi.

Aksi di Istora Senayan yang menemukan juara dunia 2022 itu dengan wakil India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty berakhir dengan kekecewaan apabila mereka tumpas 17-21 dan 18-21.

Aaron dan Wooi Yik ternyata tidak berada dalam elemen terbaik mereka apabila gagal mengekang corak serangan pantas yang ditampilkan oleh lawan yang berada di ranking keenam dunia itu.

 

Terbuka Indonesia 2023: Aaron-Soh Wooi Yik layak ke final

Berlangsung selama selama 43 minit itu, pasangan negara yang masih ketandusan kejuaraan sejak muncul juara dunia tahun lepas bermula baik apabila mendahului pada awal permainan, namun penguasaan mereka tidak bertahan lama.

Selaku naib juara, Aaron dan Sooi Yik membawa pulang hadiah berjumlah RM 202,715 manakala Satwiksairaj dan Chirag meraih RM428,598. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan