KUCHING, 17 Jun: Beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Terbuka Indonesia 2023.
Kedua-duanya berjaya mengatasi pasangan tuan rumah Pramudya Kusumawardan-Yeremia Rambitan dalam perlawanan tiga set selama 57 minit di Istora Senayan, Jakarta.
Terbuka Indonesia 2023: Aaron-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir
Selepas dicabar di set pertama, pasangan ranking nombor tiga dunia itu berjaya mengubah keadaan di set kedua dengan perlawanan yang sengit.
Ia tidak terhenti di situ, aksi cemerlang mereka pada set ketiga berjaya membawa mereka ke final dengan keputusan 12-21, 23-21, 21-13.
Dengan keputusan itu, Malaysia memastikan salah seorang wakilnya pada perlawanan akhir yang akan menentang pasangan muda India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty. – TVS