Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dalam laporan polis, mangsa berusia 19 tahun mendakwa berlaku cubaan merogol terhadapnya oleh suspek kira-kira pukul 2.30 pagi. Foto hiasan: Envato

Konstabel polis ditahan kes cubaan rogol gadis 19 tahun dalam tandas

IPOH, 18 Jun: Seorang anggota polis berpangkat Konstabel ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes cubaan merogol seorang gadis di dalam tandas sebuah stesen minyak di Jalan Tun Abdul Razak di sini semalam.

Suspek berusia 23 tahun ditahan sebaik polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa yang merupakan warga tempatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dalam laporan polis, mangsa berusia 19 tahun mendakwa berlaku cubaan merogol terhadapnya oleh suspek kira-kira pukul 2.30 pagi.

“Siasatan mendapati suspek merupakan pegawai rendah polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah, Perak.

“Suspek telah ditangkap selepas laporan diterima dan direman selama lima hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376/551 Kanun Keseksaan iaitu cubaan merogol.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata, polis memandang serius terhadap integriti dan tingkah laku warganya selain tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku yang dibuat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan