Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni ketika melawat pesakit di Pusat Hemodialisis Bulan Sabit Merah Permyjaya semalam. Foto: TVS.

KKM pertimbang permohonan tambahan mesin dialisis Pusat Hemodialisis Permyjaya

MIRI, 18 Jun: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempertimbang permohonan Pusat Hemodialisis Bulan Sabit Merah Permyjaya untuk menambah mesin dialisis di pusat itu bagi menampung keperluan pesakit.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, ramai pesakit buah pinggang yang datang ke pusat berkenaan untuk mendapatkan rawatan bukan sahaja dari Miri, malahan juga yang datang jauh dari luar Miri seperti Bintulu.

“Saya melawat di ruang rawatan dialisis dan kita melihat pesakit yang datang bukan sahaja di sekitar Permyjaya atau Senadin, tapi ada yang datang sejauh Bintulu dan terpaksa menetap di Miri untuk mendapatkan rawatan.

“Ramai pesakit juga datang dari Marudi, Baram, Subis dan Bekenu datang ke sini. Maka saya melihat kewajaran pertambahan mesin dialisis dipohon oleh Pusat Hemodialisis Bulan Sabit Merah Permyjayaini perlu dipertimbangkan,” katanya semasa lawatan ke Pusat Hemodialisis Bulan Sabit Merah Permyjaya semalam.

Setakat ini terdapat 40 mesin dialisis di pusat tersebut yang telah dipindahkan dari Pusat Dialisis di Krokop  sumbangan pihak korporat seperti Shell dan PETRONAS.

Lukanisman berkata, Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) perlu dilakukan sedikit transformasi bagi memudahkan proses permohonan dan pembaharuan lesen fasiliti kesihatan di bawah KKM bukan sahaja untuk swasta tetapi juga untuk badan sukarela seperti Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

“Di peringkat KKM, kita akan melihat dan menilai keperluan yang telah diajukan oleh pusat dialisis terutama sekali untuk proses permohonan melalui CKAPS. Ini merupakan unit yang menilai keperluan atau permohonan fasiliti swasta di bawah KKM.

“Perkara lain yang telah diajukan akan kita cuba untuk perhaluskan, memandangkan permohonan tersebut melibatkan kos kepada PBSM yang merupakan badan sukarela. Kita akan melihat dan menilai permohonan tersebut untuk memudahkan. CKAPS perlu melakukan sedikit transformasi untuk memudahkan proses permohonan dan pembaharuan lesen akan datang,” katanya lagi.

Bagi memberi lebih banyak autoriti kepada peringkat pengurusan kesihatan negeri Sarawak, Perdana Menteri bersama Premier Sarawak telah mengarahkan untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas khusus yang melihat penurunan kuasa dan perkongsian kuasa berkaitan dengan hal kesihatan dan ini akan dibincang di dalam kertas putih dalam konteks ruang negeri Sarawak bersama kertas putih yang dibentang pada minggu lepas.

Hal ini supaya penurunan kuasa diberikan kepada CKAPS negeri Sarawak dan bukannya di Putrajaya untuk membuat pemantauan dan kelulusan bagi mengurangkan kos dan pengurusan CKAPS Sarawak yang dilihat lebih memahami dalam konteks geografi dan jarak pusat dialisis di dalam Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan