Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto Envato

Doktor rugi RM100,000 diperdaya sindiket Macau Scam

ByBernama

KUANTAN, 18 Jun: Panik dimaklumkan disenaraikan sebagai ‘orang dikehendaki polis’ menyebabkan seorang doktor wanita kerugian RM100,000, selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 28 tahun mendakwa menerima panggilan telefon pada Jumaat lepas daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram sebelum panggilan disambungkan ke seorang lagi suspek, kononnya pegawai polis yang mengesahkan mangsa akan disenarai hitam kerana berada dalam rekod dikehendaki.

“Mangsa mendakwa ‘polis’ itu mengarahkannya membuka akaun bank baharu dan memasukkan wang RM100,000 ke dalamnya serta diarahkan berkongsi maklumat perbankan tersebut kononnya bagi mengeluarkan diri daripada senarai itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa yang mendakwa dirinya panik juga menuruti arahan supaya mengambil swafoto dan berkongsi gambar berkenaan dengan suspek selang beberapa jam.

Mangsa bagaimanapun curiga selepas gagal menghubungi suspek bagi mendapatkan perkembangan status ‘orang dikehendaki’ itu, lalu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam.

Yahaya menasihatkan orang ramai untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi termasuk perbankan kepada pihak ketiga selain membuat semakan nombor telefon atau nombor akaun di Check Scammers CCID atau di https://semakmule.rmp.gov.my/ bagi mengelak risiko menjadi mangsa penipuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan