Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 54 kematian dicatatkan di Uttar Pradesh India akibat cuaca panas melampau. Foto Google.

100 orang maut akibat cuaca panas melampau di India

ByBernama

NEW DELHI, 18 Jun: Kira-kira 100 orang maut dalam tempoh tiga hari lalu disebabkan oleh cuaca panas di beberapa kawasan India.

Kebanyakan kematian dilaporkan berlaku di kawasan utara di Uttar Pradesh, dengan 54 kematian sejak Khamis.

Di Bihar, seramai 44 orang meninggal dalam tempoh 24 jam, menurut laporan laman sesawang India Today.

Sebanyak 23 pesakit meninggal pada Khamis, 20 pada Jumaat, dan 11 pada Sabtu di hospital daerah Ballia, Uttar Pradesh, manakala 400 orang lagi dirawat di hospital disebabkan masalah kesihatan berkaitan cuaca panas.

“Terdapat kepadatan yang begitu tinggi di hospital daerah, dan orang ramai terpaksa mendukung pesakit ke wad kecemasan,” menurut laporan dalam talian NDTV.

Suhu mencecah sekitar 40 darjah Celsius di kebanyakan kawasan Uttar Pradesh pada Ahad, dengan beberapa daerah mencatatkan suhu melebihi 44 darjah Celcius.

Suhu panas melampau di beberapa tempat termasuk Delhi, Rajasthan, dan Haryana, mencapai suhu sekitar 40 darjah Celsius pada Mei dan Jun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan