Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tibow Mukah akan gah berdiri di RWMF 2023

ByYazid Ibrahim

MUKAH, 17 Jun: Permainan tradisional masyarakat Melanau, Tibow Mukah akan berdiri megah di Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023.

Menurut Pengulu Kampung Telian, Juana@Bonaventure Lupuih berkata Tibow akan didirikan di Kampung Budaya, Kuching pada 19 Jun ini.

Tibow iaitu sejenis permainan buaian gergasi yang merupakan antara permainan tradisi yang wajib ada apabila pesta Kaul berlangsung.

Menurutnya Tibow iaitu sejenis permainan buaian gergasi didirikan di RWMF merupakan inisiatif untuk memperkenalkan permainan tradisional kaum Melanau yang ada di Sarawak kepada pengunjung terutamanya pengunjung asing.

“Sekarang saya tengah sibuk menguruskan individu yang akan mendirikan Tibow di Kampung Budaya di Kuching,” katanya ketika ditemui di TVS, pada Jumaat.

Mengakui Tibow, merupakan permainan tradisional masyarakat Melanau yang popular sejak zaman dahulu lagi kebiasaannya ia akan dimainkan pada perayaan Kaul Serahang Kakan di Kampung Telian, Mukah.

Menurut Juana, Tibow yang dikenali sebagai Tibow Serahang Kakan lazimnya akan didirikan sekitar dua minggu sebelum pesta berlangsung.

Dalam pada itu, Juana yang disoal berhubung pantang larang, Tibow tidak boleh didirikan sebarangan dan ketika membinanya tidak dibenarkan menambah kompenen lain selain kayu asalnya.

“Pernah berlaku suatu ketika dahulu makluk halus mengganggu kerana telah melanggar pantang larang semasa membuat Tibow tersebut,” jelasnya.

Sementara Juana memberitahu pemilihan kayu yang digunakan untuk membuat Tibow adalah kayu yang sederhana besar serta data bertahan dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

“Kayu yang digunakan biasanya kayu yang diambil daripada hutan sialtu bersaiz ederhana besar dan ringan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya Tibow tidak semestinya dimainkan ketika Pesta Kaul sahaja malah boleh dimainkan pada bila-bila masa.

“Tetapi mendirikan Tibow untuk dimainkan hari biasa berbeza dengan Tibow yang didirikan ketika Pesta Kaul.

“Sesiapa sahaja boleh mendirikan Tibow sebenarnya,” ujarnya.

Menurut Juana lagi seperti di Kampung Telian sebuah  Tibow kekal yang diperbuat daripada kayu belian telahpun berdiri megah serta berstruktur kekal.

“Kita bina Tibow daripada kayu belian untuk menjimatkan kos supaya apabila tibanya pesta kaul kita tidak perlu untuk membina yang baharu.

“Sekarang kita cuma perlu cari rotan bagi embuta tempat meletak kaki ketika berayun,” katanya sambil berharap  permainan tradisional Tibow ini dapat dipekenalkan kepada semua lapisan masyarakat khususnya kepada generasi muda sebagai pewaris masa depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan