Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya menjaga rentak kemenangan pada kejohanan Terbuka Indonesia 2023 membuat wakil Malaysia itu memastikan diri pada separuh akhir. Foto: David Andreas (TVS)

Terbuka Indonesia 2023: Aaron-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir

ByTVS

KUCHING, 17 Jun: Malaysia memastikan salah seorang wakilnya, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir kejohanan Terbuka Indonesia 2023 selepas kedua-duanya berjaya mengatasi gandingan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.

Beregu lelaki terkemuka negara meneruskan rentak kemenangan dengan straight set 21-10, 21-15 di Istora Senayan, Jakarta.

Aaron Chia – Soh Wooi Yik mara ke suku akhir Terbuka Indonesia 2023

Penampilan cemerlang dan tenang dipamerkan kedua-duanya dalam 41 minit sehingga mampu mendahului perlawanan dengan perolehan mata yang berjarak.

Kemenangan itu menyaksikan keduanya akan dicabar gandingan tuan rumah Pramudya Kusumawardan-Yeremia Rambitan petang ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan