Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menyerahkan Surat Pemakluman Kewarganegaraan kepada Bong Shi Hui di Kuching hari ini. Foto: TVS

Setelah 24 tahun menanti, Bong kini miliki sijil kewarganegaraan

KUCHING, 17 Jun: Pernantian Bong Shi Hu selama 24 tahun untuk menerima surat permakluman kewarganegaraan telah berakhir, pada Jumaat.

Dapat disaksikan tangisan kegembiraan daripada Bong ketika menerima sijil kewarganegaraan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang disampaikan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah, semalam.

Menurut Fatimah setelah mendapat sijil kewarganegaraan, usaha seterusnya adalah untuk meletakkan indikator ‘K’ ke dalam kad pengenalan seseorang warganegara pemastautin di Sarawak, termasuk Bong.

“Prosedur seterusnya ialah selalunya ibu bapa akan minta supaya indicator ‘K’ itu dimasukkan nanti di dalam kid pengenalan mereka. Jadi setelah sijil kewarganegaraan, dapat untuk memohon kad pengenalan selepas itu dan pada masa yang sama perlu memohon bagi ibu bapa selalunya mahu ‘K’ dan pihak permohonan dimajukan pada Jabatan Pendaftaran kemudian dimajukan kepada pihak Jabatan Imigresen dan biasanya kalau bagi kes seperti ini ia akan berhubung dengan pihak Jabatan Premier Sarawak,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian semasa sidang media penyerahan surat pemakluman Kewarganegaraan di pejabat KPWK di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Fatimah mendedahkan setakat Jun, KDN telah menerima sebanyak 946 permohonan kewarganegaraan dan sedang pertimbangan sama ada diluluskan atau sebaliknya sedang diteliti.

“946 permohonan akan selesai pada bulan Jun. Selesai maksudnya ada surat permakluman bahawa keputusan telah dibuat sama ada lulus atau tidak lulus. Sekurang-kurangnya permakluman telah dapat dibuat pada bulan Jun,” ujarnya.

Sementara itu tegas Fatimah berhubung indikator ‘K’, pihaknya akan terus memajukan perkara berkenaan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai usaha kemasukan indikator ‘K’ ke dalam pengenalan pemastautin di Sarawak.

“Ini bagi membuktikan keberadaan individu terbabit di Sarawak dengan pengesahan bertulis daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dan Pejabat Premier Sarawak,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan