Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Samariang 2023 di Kampung Tunku, Petra Jaya, hari ini. Foto: TVS

Pertemuan dengan Florika Fink- Hooijer bincang hala tuju eksport komoditi negara ke Eropah

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 17 Jun: Malaysia berharap pertemuan dengan Ketua Pengarah Alam Sekitar di bawah Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Florika Fink-Hooijer pada 28 Jun ini akan dapat memuktamadkan hala tuju eksport komoditi negara ke pasaran Eropah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pertemuan itu yang bertujuan membincangkan mengenai isu pelaksanaan peraturan penebangan hutan EU (EUDR) juga merupakan platform bagi negara untuk terus menyuarakan pendirian Malaysia dalam menangani isu diskriminasi minyak sawit.

“Ketua Pengarah Alam Sekitar dari EU akan datang pada 28 Jun ini dan dia sudah menetapkan untuk berjumpa dengan saya dan melanjutkan perbincangan yang telah dilaksanakan di EU di Brussel itu sendiri.

“Diharapkan dengan itu kita akan dapat muktamadkan mengenai hala tuju berhubung kait dengan perhubungan kita dengan EU khususnya komoditi kita yang dieksport ke sana.

“Kita tidak mahu pekebun-pekebun kecil terkeluar daripada rantaian bekalan minyak sawit dunia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Samariang 2023 di Dewan Masyarakat Kampung Tunku, Petra Jaya, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Sementara itu, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi memberitahu pertemuan itu akan menyentuh segala aspek yang melibatkan sektor agrokomoditi negara.

“Ia melibatkan segala aspek agrikomoditi iaitu perundangan yang mereka telah luluskan, jadi kita dapat pastikan bahawa segala peraturan ataupun garis panduan yang dikeluarkan mestilah mengambil pandangan Malaysia, Indonesia dan negara pengeluar tersebut,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan