Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerja mendirikan tiang lampu sedang rancak dilaksanakan di Jalan Sarikei Bintangor. Foto: TVS

Jalan Bintangor Sarikei bakal diterangi lampu jalan sepanjang 13 kilometer

BINTANGOR, 17 Jun: Jalan Bintangor Sarikei bakal diterangi lampu jalan setelah kerja pemasangan kemudahan sepanjang 13 kilometer itu di sini siap sedikit masa lagi sebagai usaha menjamin keselamatan pengguna jalan raya pada waktu malam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek itu merupakan kesinambungan daripada dua fasa pelaksanaan pemasangan lampu jalan yang dilaksanakan sebelum ini.

“Kita telah melalui dua fasa, fasa satu dari Bandar Bintangor ke Rumah William Staun, sekarang dari peringkat kedua dari Rumah William Staun ke Jambatan Sungai Selidap dan kini yang terbaru Sungai Nyelong Sarikei ke Simpang Sungai Petai,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bintangor, di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berharap kerja pelaksanaan projek berkenaan dapat disiapkan dengan segera agar keseluruhan laluan tersebut diterangi kemudahan lampu jalan.

Secara keseluruhan katanya, ketiga-tiga fasa projek tersebut dianggarkan bernilai lebih RM750,000.

“Tidak lama lagi, kebanyakan tiang sudah didirikan dan hanya tinggal beberapa tiang sahaja lagi. Mungkin saya boleh kata, hujung bulan ini sepanjang laluan bakal diterangi lampu jalan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan