Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Poster sambutan Program Gawai Perpaduan 2023 di Rumah Jingga, Kelai pada hari ini. Foto: Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop

Hampir 50 rumah panjang diraikan pada program Gawai DUN Semop

SIBU, 17 Jun: Hampir 50 rumah panjang di kawasan Semop diraikan dalam sembilan majlis sambutan perayaan Gawai anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop pada tahun ini.

Hasrat murni itu tidak hanya menyantuni rakyat tetapi mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dan masyarakat rumah panjang khususnya di kawasan berkenaan.

Program terkini yang bertemakan Gawai Perpaduan di Rumah Jingga Sungai Kelai berlangsung dalam suasana meriah menyaksikan keunikan rumah panjang yang satu-satunya penempatan Iban di Pulau Bruit, majoritinya kaum Melanau.

ADUN Semop, Datuk Abdullah Saidol berkata, program itu bertujuan mengukuhkan silaturahim dan persefahaman antara kaum di Pulau Bruit di samping memeriahkan lagi sambutan perayaan 60 tahun Sarawak Merdeka.

Menurutnya penganjurannya juga mahu memastikan masyarakat Iban di Kelai itu berasa terasing di samping memberi peluang kepada penduduk kampung berhampiran berkunjung sambil menziarahi warga rumah panjang berkenaan.

“Kita sedia maklum, Sarawak yang terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum mempunyai budaya dan keunikan yang tersendiri.

“Secara tidak langsung dapat memupuk nilai persefahaman dan sikap lebih hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya ketika menghadiri program di Rumah Jingga, Kelai di sini hari ini.

Beliau juga memberitahu, Karnival Gawai juga bakal berlangsung di penempatan masyarakat Iban Mupong pada 24 Jun ini.

Program yang dijangka melibatkan masyarakat 14 buah rumah panjang itu katanya, lebih istimewa kerana meraikan siapnya pembinaan jalan tar masuk ke sebahagian besar penempatan di kawasan tersebut.

“Majlis itu nanti bertambah seri dengan kehadiran Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah,” ujarnya.

Sebelum ini, Abdullah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) itu berpeluang menghadiri enam Majlis Gawai di Selidap, Nangga Bangkit, Sungai Sian dan Berangan yang masing-masing diadakan dienam rumah panjang.

Pada masa yang sama, sambutan turut berlangsung di Teluk Gelam (tiga rumah panjang) dan Bekakong (61 pintu).

Dalam pada itu beliau juga akan berkunjung ke Majlis Gawai di Semareng yang menempatkan masyarakat dari enam rumah panjang pada Ahad.

Program dianjurkan bersama Pusat Khidmat ADUN Semop dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) turut menyediakan pelbagai aktiviti bagi menambah seri sambutan termasuk sukaneka, persembahan kebudayaan iban, nyanyian artis Iban terkemuka, cabutan bertuah dan pameran.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan