Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Datuk Julaihi Narawi dan Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie bergambar bersama para penerima anugerah pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun dan Anugerah Jurutera GJPBS 2023. Foto: JaPen

Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak bakal miliki pusat latihan kejuruteraan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 16 Jun: Kerajaan Sarawak akan menyediakan tapak di Samarahan bagi pembinaan pusat latihan yang dicadangkan Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak (GJPBS).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan juga akan menyalurkan dana bagi membantu pembinaan pusat latihan berkenaan. Beliau berharap, pusat latihan itu dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan ahli GJPBS.

Turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi dan Pengerusi GJPBS Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie.

Dalam pada itu Abang Johari turut menggesa gabungan berkenaan mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam menyampaikan perkhidmatan mereka.

GJPBS yang ditubuhkan pada 15 Januari 2013 dan secara rasmi berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 22 Disember 2014, kini kian berkembang dengan mempunyai 46 firma perunding berdaftar.

GJPBS juga berperanan sebagai landasan untuk membantu dan menggalakkan jurutera profesional bumiputera menubuhkan firma jurutera perunding.

Selain itu, mereka giat membantu kerajaan dalam pelaksanaan projek pembangunan di seluruh Sarawak.

Pada majlis berkenaan, Abang Johari turut menyampaikan anugerah kejuruteraan kepada para penerima yang terdiri daripada Sulaiman Salleh dari Geomatic Survey Consultants, Haidel Heli (Perunding Iskfit), Campbell Apau (Jurutera Iriaz Sdn Bhd) dan Zamhuri Drahman (Zadra Consultant).

Turut menerima anugerah, Dato Janang Bungsu (Konsortium Bumi Consultants and Services Sdn Bhd), Alphonsus Dorhat Rahani (Sarahill Consulting Sdn Bhd), Abang Asri Ariffin (Perunding KAZ Sdn Bhd), Noorazan Morshidi (Concept-P Jurutera Sdn Bhd) dan Talha Effendi (Jurutera TCS Sdn Bhd). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan