Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dolhadi Mazuki. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Peserta Konvoi Kembara Sarawak Merdeka belajar adat kaum Kedayan

ByMuqri Aziz

MUKAH, 15 Jun: Penganjuran Konvoi Kembara Sarawak Merdeka merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan budaya tempatan di Sarawak.

Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dolhadi Mazuki berkata, beliau sendiri berpeluang belajar pelbagai budaya unik di sepanjang tempat yang disinggahi oleh konvoi berkenaan.

Katanya, banyak perkara atau tradisi yang diamalkan sukar didapati di Kuching.

“Sarawak sememangnya kaya dengan budaya, makanan dan suku kaum. Banyak lagi yang belum diteroka walaupun saya anak Sarawak,” katanya kepada TVS.

Dolhadi merupakan Ketua Konvoi Induk Kembara Sarawak Merdeka dan kini rombongannya sampai di Mukah setelah memulakan perjalanan dari Limbang pada 28 Mei lepas.

Keseluruhannya, peserta akan menempuh jarak perjalanan sejauh 3,516 kilometer (km) ke Kuching selama 56 hari.

Berkongsi lanjut mengenai pengalamannya, beliau memberitahu, ketika tiba di Pantai Bungai, Miri terdapat ada satu adat unik kaum Kedayan yang dipelajarinya.

“Mereka meletakkan kaki di atas buluh untuk dicuci. Ini merupakan adat yang diwarisi secara turun temurun,” katanya.

Sementara itu, beliau berharap selepas Lebuhraya Pan Borneo (LPB) siap kelak, ia dapat memperkenalkan aktiviti riadah iaitu pengembaraan dengan menggunakan Motorhome.

“Banyak yang harus kita teroka bukan sahaja untuk orang Sarawak tetapi untuk orang luar.

“Oleh sebab itu, kita memperkenalkan motorhome dan bas dua tingkat supaya orang melihat dengan LPB yang hampir siap, dapat jadikan satu cara untuk melancong di Sarawak dengan penggunaan Motorhome,” katanya.

Konvoi akan diteruskan ke Sibu pada 17 Jun ini yang akan dilepaskan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah di Dewan Suarah Mesra, Mukah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan