Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datin Norhana Ng (dua kiri) bersama rombongan MACMA yang lain pada kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto: JaPen

Kisah kejayaan Cina Muslim dikongsi pada Persidangan Cina Muslim Antarabangsa

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 15 Jun: Kisah kejayaan komuniti Cina Muslim akan dikongsikan menerusi Persidangan Cina Muslim Antarabangsa (ICMC) 2023 di sini pada Ogos ini.

Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Datin Norhana Ng berkata persidangan berkenaan mensasarkan kehadiran 300 peserta dari dalam dan negara luar.

“Persidangan ini bertujuan mendedahkan mereka dalam mencipta rangkaian, perniagaan global terutamanya pasaran halal yang juga merupakan pasaran terbesar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Abang Johari dijadual akan menghadiri majlis makan malam sempena persidangan berkenaan.

Norhana berkata lagi, para peserta dari Filipina, Singapura dan China dijangka menghadiri persidangan di Hotel Waterfront bermula 18 hingga 20 Ogos.

Menurutnya, antara objektif persidangan adalah untuk mempromosikan bagaimana mayarakat Cina Muslim boleh membina masyarakat harmoni dengan toleransi pelbagai budaya walaupun hidup dalam komuniti kecil di negara mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan