Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat seorang lelaki tanpa identiti yang ditemukan di kawasan semak Kampung Selang Laut, Telaga Air pada Isnin lalu dipercayai digigit binatang buas. Foto hiasan Envato.

Dua pelajar keracunan metanol di Pitas meninggal dunia

KOTA KINABALU, 16 Jun: Dua pelajar sekolah di Pitas yang kritikal di hospital akibat keracunan metanol disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintenden Zairolnizal Ishak berkata, kedua-dua pelajar terbabit sebelum ini dilaporkan kritikal dan masing-masing dirawat di Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH 1) dan QEH 2.

“Seorang pelajar berkenaan disahkan meninggal dunia oleh Pakar Perubatan Hospital Queen Elizabeth 1 Kota Kinabalu pada 14 Jun pada 4.08 petang.

“Punca kematian adalah disebabkan kegagalan fungsi pelbagai organ kerana keracunan metanol,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Manakala, seorang lagi pelajar yang kritikal turut disahkan meninggal dunia oleh Pakar Perubatan Hospital Queen Elizabeth 2 Kota Kinabalu pada 15 Jun pada 4 petang.

Katanya, punca kematian dipercayai disebabkan beberapa kecederaan pada otak akibat keracunan metanol.

Beliau berkata, mayat kedua-dua pelajar itu tidak perlu dibedah siasat memandangkan punca kematian telah diperoleh dan mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pada 9 Jun lalu, seramai 20 pelajar berumur lingkungan 13 hingga 17 tahun di asrama lelaki dari sebuah sekolah di Pitas telah dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Pitas kerana sakit perut selepas disyaki meminum minuman berkarbonat yang dicampur dengan cecair ‘spirit’ atau metanol. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan