Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aaron Chia dan Soh Woi Yik meraikan kejayaan menewaskan pasangan tuan rumah pada Badminton Terbuka Indonesia 2023. Foto David Andreas (TVS)

Terbuka Indonesia: Hanya tinggal tiga beregu teruskan cabaran Malaysia

ByTVS

JAKARTA, 14 Jun: Cabaran kem badminton Malaysia pada pusingan kedua Kejohanan Terbuka Indonesia 2023 kini terpikul di bahu tiga wakil beregu yang melepasi halangan pertama lewat malam tadi.

Juara dunia beregu, Aaron Chia dan Soh Woi Yik mengesahkan tempat selepas menewaskan pasangan tuan rumah, M. Shohibul Fikri dan Bagas Maulana dengan mudah menerusi keputusan 21-16 dan 21-12 dalam tempoh 33 minit.

Terbuka Indonesia: Zii Jia tersingkir pusingan awal, mahu berehat sebentar

Langkah mereka diiringi Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi yang turut mara setelah merekodkan kemenangan ke atas wakil India, M.R Arjun dan Dhruv Kapila dalam pertarungan tiga set.

Yew Sin dan Ee Yi yang menduduki ranking ketujuh dunia tewas 12 -21 pada set pertama namun membuat kebangkitan pada perlawanan seterusnya dengan kemenangan 21-6.

Biarpun diberi tentangan sengit oleh lawan mereka yang menghuni ranking ke – 24 dunia, pasangan Malaysia berjaya keluar sebagai pemenang dengan keputusan 22-20 pada set penentuan.

Malaysia turut masih ‘bernafas’ dalam acara beregu campuran apabila Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing menyingkirkan pasangan England, Gregory Mairs dan Jenny Moore dengan straight set iaitu 21-14, 21-13.

Bagaimanapun nasib berbeza dialami oleh Chan Peng Soon dan Cheah Yee See apabila mereka tewas kepada beregu nombor satu Indonesia, Praven Jordan – Melati Daeva dengan keputusan 14-21, 9-21.

Pasangan muda, Wei Chong Man dan Kai Wun Tee turut tersingkir daripada kejohanan biarpun menampilkan semangat melawan selama 66 minit sebelum tewas dengan keputusan 21-19, 15-21 dan 19-21 kepada beregu Jepun, Keiichiro Matsui dan Yoshinori Takeuchi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan