KUALA LUMPUR, 15 Jun: Kerajaan sentiasa cakna terhadap keperluan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran padi negara, khususnya di Sarawak dan Sabah.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, pelbagai inisiatif diambil bagi meningkatkan pengeluaran dan memperkasa penanaman padi di dua wilayah berkenaan.
Antara inisiatif tersebut termasuk membantu pesawah melalui Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma (SBRPB) sejak 2015.
“Saban tahun, skim subsidi ini memberikan manfaat kepada hampir 60,000 pesawah padi bukit dengan purata keluasa lebih 50,000 hektar,” katanya.
Selain itu, kerajaan juga melancarkan Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Negeri Sabah pada Jun 2022 yang bertujuan untuk meningkat pengeluaran hasil padi dan input yang lebih teratur serta cekap.
“Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) MARDI sedang membangunkan pakej pembajaan menggunakan baja pelepasan terkawal khusus untuk tanaman padi bukit bagi kegunaan penanaman padi bukit di Sarawak dan Sabah,” tambahnya.
Beliau berkata, kerjaan juga giat mempromosi dan memasarkan produk unik Borneo hasil padi bukit seperti beras bario melalaui ekspo seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).
Mohamad menjawab soalan AhlI Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis yang mahu kerajaan menyatakan langkah drastik yang perlu diambil kerajaan dalam meingkatkan pengeluaran beras tempatan di samping memperkasa tanaman padi di Sarawak dan Sabah.
Buat masa ini, keperluan beras dalam negara dipenuhi dengan 70 peratus pengeluaran temapatan manakala baki 30 peratus lagi ditanpung melalaui kemasukan beras import.
Selain Vietnam, Malaysia mengimport beras dari pelbagai sumber negara termasuk India, Myanmar, Kemboja, Pakistan dan Thailand.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Raja itu memaklumkan, pembukaan kawasan baharu penanaman padi seluas 11,000 hektar di Semenanjung Dent, Lahad Datu kelak, mampu untyuk menghasilkan sehingga enam tan beras. – TVS