Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Bazar Gawai Peringkat Sarawak 2023.

Program Bazar Gawai Sarawak 2023 berlangsung 16 hingga 25 Jun

ByDayu Adruce

KUCHING, 15 Jun: Program Bazar Gawai Sarawak 2023 yang bermula 16 hingga 25 Jun ini akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik.

Bakal berlangsung di pekarangan Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), program turut menyajikan persembahan oleh artis popular Dayak selain demo masakan dan agihan kuih tradisional.

Selain itu, aktiviti senamrobik, jualan makanan, minuman dan kraf tangan juga ditawarkan oleh 200 gerai yang mengambil bahagian.

Bagi mereka yang ingin mengenali budaya kaum Orang Ulu, Bidayuh dan Iban turut dialu-alukan hadir semasa program malam kesenian yang dilangsungkan pada 19 hingga 21 Jun. 

Orang ramai juga berpeluang menyertai pelbagai pertandingan seperti Sarawak Got Talent Show, Gawai Idol 2023, sukan rakyat serta Pekit Kumang dan Keling. 

Majlis Pelancaran Bazar Gawai Peringkat Sarawak 2023 akan sempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada 18 Jun.

Pada hari terakhir pula, upacara gulung tikar atau ‘Ngiling Bidai’ akan dilakukan sebagai simbolik penutupan bazar edisi kali ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan