Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong ketika ditemui TVS hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Naik taraf Lawas sebagai satu Bahagian, bantu atasi kekangan – Henry Sum

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong memohon agar Daerah Lawas dinaik taraf sebagai Bahagian sebagai usaha membantu membangunkan kawasan berkenaan.

Dengan pelbagai kekangan yang dihadapi Lawas sekarang, beliau optimis apabila ia dinaik taraf kelak, kekangan yang dihadapi dapati diatasi dengan segera.

Selain itu katanya, pelbagai peluang juga boleh ditawarkan kepada penduduk setempat untuk memperkasa ekonomi mereka.

“Kita minta supaya Lawas ini dinaik taraf menjadi satu bahagian yang bermaksud ada Residen. Sekarang ini kita masih Daerah yang ada Pegawai Daerah (DO) sahaja.”

“Kalau ada Bahagian ini mungkin dari segi kemudahan-kemudahan lain pun akan dinaik taraf dan akan memudahkan lagi rakyat atau masalah yang ada kini boleh selesai,” katanya ketika ditemui TVS di banguna Parlimen pada Rabu.

Pada masa sama, beliau berharap projek-projek baharu yang telah diluluskan untuk pembangunan Lawas dapat dilaksanakan segera.

Antara projek-projek baharu dalam pelan rancangan termasuk lapangan terbang baharu Lawas dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lawas.

“Saya berharap projek seperti ini dapat dimulakan oleh pihak kerajaan kerana dari segi kegunaan tanah mengikut dasar kerajaan negeri jika tapak tanah yang telah diluluskan kalau tidak diguna pakai daalam tempoh 5 tahun akan ditarik balik. Jadi itu satu masalah,” ujarnya.

Untuk rekod, lapangan terbang yang baharu di Lawas dijadualkan mula dibina pada suku pertama 2023, manakala pembinaan MRSM Lawas pula dijangka mengambil sedikit masa selepas ia tergendala susulan susulan pandemik selain faktor kenaikan harga bahan binaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan