Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandangan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak Serian-Sri Aman yang dirakam dengan menggunakan drone. Foto: Bernama.

LPB: Kerja penyelenggaraan dilaksana syarikat yang diluluskan MOF

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Kerja-kerja penyelenggaraan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak akan dilaksanakan oleh syarikat yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan itu, ia akan berlangsung selama tiga tahun bermula dengan penyerahan pakej yang telah siap secara berperingkat.

“Pelantikan syarikat ini tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

“Pihak Kementerian sedang dalam proses perolehan bagi memuktamadkan skop dan kos projek. Rundingan akan berjalan dan dijangkakan dapat diselesaikan pada penghujung tahun ini,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat d isini, hari ini.

Katanya, pakej yang telah siap akan diselenggara oleh konsesi penyelenggaraan jalan persekutuan sedia ada bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terjamin sehingga kontrak baharu ditandatangani.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab yang mahu tahu adakah kerja penyelenggaraan LPB akan diswastakan serta status terkini projek tersebut.

Beliau berkata bagi Fasa 1 Projek LPB, pakej satu iaitu pakej Telok Melano ke Sematan telah siap sepenuhnya pada bulan Januari 2019.

“Manakala status kemajuan pembinaan sehingga April 2023 bagi baki 10 pakej kerja dari Sematan ke Miri kini 94% siap.

“Hampir keseluruhan jajaran akan siap pada November 2023 kecuali beberapa seksyen di Miri yang perlu direkabentuk semula dan hanya dapat disiapkan pada tahun 2025,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan