Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi mengadakan lawatan ke tapak projek di Jalan KJD Bintangor selepas menghadiri mesyuarat di Sarikei, pada Khamis. Foto: TVS

Kerjasama kontraktor dan jabatan diperlukan atasi gangguan air di LPB

SARIKEI, 15 Jun: Kerjasama membabitkan kontraktor dan jabatan terlibat diperlukan bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di sepanjang laluan Lebuh Raya Pan Borneo (LPB).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, langkah itu boleh memastikan sistem bekalan air yang sempurna untuk penduduk, sejajar dengan pembinaan LPB yang kini memasuki fasa akhir.

Menurutnya, penyelarasan membabitkan pihak terbabit diperlukan terutamanya bagi menjalankan tugas di lapangan.

“Mereka lebih arif dengan keadaan di tapak. Sekiranya terdapat kertas kerja yang perlu dihantar, lakukan secepat mungkin supaya persetujuan untuk menjalankan kerja di lapangan boleh disegerakan.

“Ini juga bagi memastikan kontraktor boleh menyiapkan kerja dan bekalan air untuk penduduk tidak terjejas,” katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat di Pejabat Residen di sini, hari ini.

Turut dihadiri Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Dagang dan wakil rakyat kawasan berhampiran.

Menyentuh kebocoran paip di Jalan Kim San pula, Julaihi memberitahu, masalah itu berjaya diselesaikan dengan baik oleh pihak kontraktor. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan