Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Hornbill Skyways dan kontraktor pengaturan petroleum di Kuching, hari ini. Foto: UKAS

Hornbill Skyways raih kontrak perkhidmatan helikopter luar pesisir

ByDouglas Elliot

KUCHING, 15 Jun: Syarikat pengangkutan udara milik Sarawak, Hornbill Skyways Sdn Bhd telah meraih kontrak lima tahun daripada Petronas bagi perkhidmatan helikopter luar pesisir (OHS) bagi operasi di Miri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata ia merupakan peristiwa bersejarah kerana ini merupakan julung kali sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri ditawarkan kontrak berkenaan.

“Pencapaian ini merupakan bukti dedikasi, kerja keras dan komitmen pasukan kita serta kecemerlangan mereka dalam bidang penerbangan.

“Kerjasama ini bukan sahaja mengukuhkan industri penerbangan malah ia juga visi kita untuk memacu ekonomi Sarawak, meningkatkan keupayaan dan mempromosikan bakat dan kepakaran anak tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Hornbill Skyways dan kontraktor pengaturan petroleum di sini, hari ini.

Persefahaman itu ditandatangani antara Hornbill Skyways serta enam kontraktor pengaturan petroleum termasuk Petroleum Carigali Sdn. Bhd., Sarawak Shell Bhd., SapuraOMV Upstream (Sarawak) Inc., MubadalaEnergy (SK320) Ltd., JX Nippon Oil &Gas Exploration (Malaysia) Ltd. dan PTT Exploration and Production.

Di bawah kontrak itu, Hornbill Skyways akan menyediakan tiga helikopter jenis Airbus H175 bagi tujuan OHS di Miri.

Kontrak yang bermula sejak 1 April 2023 itu juga boleh dilanjutkan untuk tempoh lima tahun.

Majlis sama juga menyaksikan pemeteraian Perjanjian Perkhidmatan Teknikal antara Hornbill Skyways dan HAS International Sdn Bhd.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan