Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain ketika mengadakan lawatan ke tapak semaian alga di Taman Perindustrian Demak di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Alga bawa limpahan ekonomi kepada Sarawak, hasilkan tiga bahan api berbeza

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 15 Jun: Penerokaan sektor baharu berteraskan teknologi alga dijangka akan membawa limpahan ekonomi kepada Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana pengeluaran alga bukan sahaja mampu menghasilkan bahan api penerbangan mampan (SAF) malah boleh diperluaskan kepada diesel dan gasolin.

“Kita juga telah diberi penerangan (oleh pakar) mengenai kemampuan alga.

“Ketiga-tiganya merupakan minyak premium yang digunakan oleh industri,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri (SEDC), SEDC Energy Sdn. Bhd. dan Syarikat Resintech Berhad di Taman Perindustrian Demak di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni dan Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain.

Berhubung penerokaan ekonomi baharu berasaskan alga, Abang Johari menzahirkan ucapan tahniah kepada SEDC Energy Sdn. Bhd. dan Petronas kerana telah mencapai kejayaan menerusi kerjasama itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan