Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaguh badmintan lelaki negara Lee Zii Jia. Foto: David Andreas (TVS)

Terbuka Indonesia: Zii Jia tersingkir pusingan awal, mahu berehat sebentar

ByTVS

JAKARTA, 14 Jun: Sejurus tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Indonesia hari ini, pemain badminton negara, Lee Zii Jia meluahkan hasrat mahu ‘berehat seketika’ daripada menyertai kejohanan dalam masa terdekat.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata, keputusan itu diambilnya untuk mendapatkan motivasi sebelum menyertai kejohanan lain.

“Saya sudah bertarung sedaya upaya pada perlawanan hari ini dan sudah tentu berasa amat kecewa,” katanya kepada pemberita.

Aksi di Stadium Istora Senayan di sini menyaksikan Zii Jia tewas di tangan pemain India, Lakshya Sen dengan keputusan 17-21 dan 13-21 dalam tempoh 33 minit.

Bekas Juara All England itu yang kini jatuh ke ranking ke-11 dunia itu menambah, dia akan menggunakan ‘waktu rehat’ itu untuk mengenal pasti punca penurunan prestasinya dalam beberapa kejohanan lalu.

Sementara itu, pasangan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah menarik diri daripada kejohanan.

Keputusan itu diambil selepas Pearly tidak berada pada tahap terbaiknya untuk bermain ekoran kecederaan yang dialami ketika Terbuka Singapura minggu lalu.

Malaysia kini hanya mempunyai empat wakil beregu dalam kejohanan yang menawarkan hadiah RM404 200 untuk juara perseorangan dan RM425 825 untuk juara beregu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan