Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Duta Besar Sepanyol Ke Malaysia, Jose Luis Pardo Cuerdo mengadakan kunjungan hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini. Foto: TVS

Sepanyol mahu bekerjasama dengan Sarawak dalam pelbagai sektor

KUCHING, 14 Jun: Sepanyol sedia bekerjasama dengan Sarawak untuk menyumbang dalam kerangka pembangunannya bagi mencapai status negeri maju menjelang 2030.

Duta Besar Sepanyol Ke Malaysia, Jose Luis Pardo Cuerdo berkata, Sarawak memilik visi pembangunan mampan dalam memperkasakan ekonomi baharu menerusi teknologi tenaga hijau.

“Oleh itu, Sepanyol sedia meneroka kerjasama dengan Sarawak untuk sama-sama menyumbang kepada usaha tersebut.

“Kita juga mahu menyumbang kepada pembangunan Sarawak membabitkan aspek teknologi baharu dalam sektor yang diberi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu Luis Pardo berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa sektor yang boleh diterokai dengan Sarawak antaranya teknologi, bandar pintar, kepintaran buatan, pertanian dan pelancongan.

“Berikutan kedudukan Sarawak yang strategik di Borneo, saya yakin wujud lebih banyak peluang kerjasama ekonomi pada masa akan datang terutama di Asia Tenggara,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan