Acara promosi RWMF 2023 terus dipertingkatkan di sekitar Kuching. Foto Jaja (TVS)

RWMF 2023 dijangka tarik lebih ramai pengunjung

ByConnie Grace

KUCHING, 14 Jun: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) yakin Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 akan menarik kehadiran pengunjung yang lebih ramai berbanding tahun lepas.

Pengerusinya, Dennis Ngau berkata, RWMF pada tahun lepas mencatatkan peningkatan pengunjung apabila lebih 20,000 hadir memeriahkan festival itu di Kampung Budaya Sarawak.

“Saya percaya setelah pintu sempadan di seluruh dunia dibuka sepenuhnya ketika ini, kita akan menerima lebih ramai pengunjung pada RWMF dan Sarawak,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Antara artis tempatan yang akan membuat persembahan termasuklah Zee Avi, Suk Binie, APU, Nadir, Steve Thornton Band, Sada Borneo, Tuku Kame, Nading Rhapsody, Geng Wak Long, Buloh Berkocak, Meruked dan Orang Orang Drum. 

Barisan pemuzik serta artis luar negara lain yang turut dijemput adalah ‘Rastak’ (Iran), ‘Fasylive’ (Maldives), ‘Chatusram’ (India), ‘Rizal Hadi & Folk’ (Indonesia), ‘Thai Fusions Sound Band’ (Thailand) dan banyak lagi dari Jepun, Hong Kong dan Singapura. 

Sementara itu, Dennis memberitahu, promosi acara berkenaan sedang diperhebatkan manakala penganjur turut menambah kandungan persembahan sekali gus memberi nilai tambah kepada acara hiburan ikonik itu yang mula diadakan sejak 1998.

“Kita sedia maklum bahawa banyak program hiburan sedang dan akan berlangsung pada masa yang sama, tetapi saya percaya Sarawak akan menjadi pilihan utama pelancong dan memilih untuk menonton RWMF,” katanya.

Dapatkan tiket RWMF tahun ini di aplikasi Klook, yang merupakan ejen tiket rasmi RWMF 2023. 

Sementara maklumat lanjut mengenai barisan pemuzik dan informasi tiket boleh didapati di laman web rasmi RWMF di http://rwmf.net. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan