Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi dan Datuk Abdullah Saidol semasa mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air Bayong Sarikei, hari ini. Foto: TVS.

RM535 juta atasi isu bekalan air di Sarikei – Julaihi

SARIKEI, 14 Jun: Kerajaan melalui Kementerian Ultili dan Komunikasi Sarawak memperuntukkan RM535 juta untuk melaksanakan 55 projek bekalan air di bahagian Sarikei.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian usaha untuk menambah baik dan menyelesaikan isu bekalan air di beberapa kawasan di bahagian berkenaan.

Menurutnya, setakat ini, 43 projek bernilai RM96 juta siap dilaksanakan dan telah berjaya menangani isu berkenaan.

“Manakala sembilan projek bernilai sekitar RM234 juta kini masih dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap pada suku kedua tahun depan.

“Di samping itu, tiga projek bernilai RM204 juta kini di peringkat perancangan iaitu salah satu projek iaitu Projek Julau Fasa 2 dijangka tender pada suku pertama 2004, manakala dua lagi projek masih peringkat proses lantikan perunding,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air Bayong di sini, hari ini.

Lawatan itu disertai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam) Datuk Abdullah Saidol.

Beliau berkata, 11 projek bekalan air bernilai RM881 juta dimasukkan di bawah senarai Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) untuk kelulusan pihak kerajaan termasuk Projek Bekalan Air Julau di bawah peruntukan Kerajaan Sarawak.

Skop kerja bagi projek itu katanya, merangkumi pemasangan saluran paip baharu, pembinaan tangki aras tinggi, pembinaan stesen pam penggalak, kerja menaik taraf loji rawatan air dan pembinaan muka sauk air mentah.

Projek itu katanya, juga dijangka melonjakkan taraf sosioekonomi dan memangkin pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan serta memberi jaminan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada penduduk termasuk Julau, Pakan, KJD, Maradong, Bintangor, Tanjung Manis, Belawai dan Pulau Bruit.

“Bagi menjamin kualiti bekalan air yang lebih baik dan berterusan di Bahagian Sarikei, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak akan memastikan projek yang kini dalam peringkat pelaksanaan akan disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan.

“Projek ini merupakan sebahagian Sistem Grid Bekalan Air Sarawak yang dillhamkan oleh Premier Sarawak untuk menyelesaikan isu bekalan air secara efektif dan menyeluruh,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan