Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Scam phone
Foto: Prostock-studio

Lagi nama ‘Inspektor Khoo’ diguna ‘phone scam’, kali ini pesara guru lesap lebih RM700 ribu

ByDayu Adruce

KUCHING, 14 Jun: Seorang pesara guru mengalami kerugian RM739,050 akibat terpedaya dengan phone scam yang menggunakan nama sebagai ‘Inspektor Khoo’ pada Mei lepas. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, wanita berumur 63 tahun dari daerah Kuching itu mendakwa menerima panggilan telefon dari suspek seorang lelaki yang menyamar sebagai ‘Inspektor Khoo’ dari PDRM.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohammad Azman Ahmad Sapri

Suspek mengatakan mangsa terbabit dengan kes pengubahan wang haram pada 6 Mei lalu. 

Katanya, suspek kemudiannya meminta mangsa membuka dua akaun bank baharu bagi memudahkan siasatan dijalankan. 

“Mangsa telah membuka akaun bank baharu di dua institusi kewangan tempatan pada 12 Mei dan telah memindahkan wang berjumlah RM369,525 dan rm369,525 dari simpanan bank mangsa serta suaminya ke dalam dua akaun bank tersebut, ” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Mohd Azman berkata, mangsa hanya menyedari telah ditipu setelah menghubungi pihak bank dan dimaklumkan terdapat beberapa transaksi pemindahan wang keluar keseluruhan berjumlah RM739,050 dari kedua-dua akaun bank baru mangsa. 

“Mangsa kemudian tampil membuat laporan untuk siasatan lanjut pihak polis kerana telah ditipu oleh suspek,” ujarnya. 

Nama ‘Inspektor Khoo’ juga pernah digunakan oleh suspek phone scam sebelum ini.

Mohd Azman menasihatkan orang ramai agar tidak melayani panggilan telefon yang tidak dikenali. 

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memberikan maklumat perbankan kepada individu atau mana-mana pihak yang tidak dikenali.,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan supaya orang ramai tidak memindahkan wang atau memberikan butiran perbankan kepada orang yang tidak dikenali, sebaliknya terus menghubungi atau datang ke balai polis atau bank berhampiran bagi mendapatkan nasihat. 

Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dengan segera bagi menyekat pengeluaran wang. 

“Melalui semakan aplikasi Whoscall, orang ramai boleh mengesan panggilan masuk nombor telefon ‘scammer’ yang tersenarai dalam pangkalan data sistem Semakmule milik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, PDRM,” katanya. – TVS   

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan