Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program kejurulatihan yang dijangka bermula pada Julai 2023, merupakan antara usaha serta perancangan Kementerian Belia dan Sukan dalam menjaga kebajikan bekas atlet. Foto hiasan: Bernama

Jaga kebajikan, YAKEB buka peluang tawar kepada bekas atlet jadi jurulatih

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) membuka peluang kepada bekas atlet termasuk bekas atlet orang kelainan upaya (OKU) untuk menjadi jurulatih.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli berkata mereka yang dipilih sebagai jurulatih akan membimbing anak-anak sekolah istimewa (anak-anak gelandangan) dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih yang terletak di Chow Kit.

Beliau menjelaskan program yang dijangka bermula pada Julai 2023 itu merupakan antara usaha serta perancangan kementeriannya dalam menjaga kebajikan serta masa depan para veteran atlet terutamanya veteran atlet Paralimpik.

“Pada tahun ini, pihak YAKEB telah membuka peluang kepada bekas atlet OKU di seluruh negara yang berkelayakan dan berminat untuk menjadi jurulatih secara sepenuh masa atau separuh masa bagi melatih bakat baharu di sekolah atau golongan remaja yang memerlukan bimbingan lanjut,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Adam menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodi yang mahu Kementerian Belia dan Sukan menyatakan usaha serta perancangan KBS dalam menjaga kebajikan serta masa depan para veteran atlet yang mengharumkan nama negara terutamanya veteran atlet Paralimpik.

Selain itu, YAKEB turut menjalinkan kerjasama dengan pihak Go-Coach iaitu syarikat yang menyediakan aplikasi pencarian jurulatih secara atas talian.

Beliau berkata YAKEB juga bekerjasama dengan Yayasan Hasanah untuk menganjurkan pelbagai kursus Kemahiran dan Keusahawanan bertujuan melengkapkan bekas atlet dengan ilmu dan kemahiran agar mereka bersedia sama ada untuk memasuki pasaran kerja atau memulakan perniagaan sendiri.

“Kursus ini telah memasuki siri ketiga pada tahun ini dan penganjuran yang terdekat akan disertai seramai 200 bekas atlet dari seluruh negara dengan 30 daripadanya ialah bekas atlet OKU,” katanya.

Menurutnya, YAKEB turut bekerjasama dengan DHS Hospitality Academy dan Open University yang menyaksikan seramai 50 bekas atlet termasuk 20 bekas atlet OKU ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan Pengajian ini ditawarkan secara biasiswa penuh.

YAKEB yang ditubuhkan pada 25 Julai 2007 di bawah Akta Syarikat 1965 itu, dikhususkan untuk membantu menguruskan hal ehwal kebajikan atlet yang telah bersara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan