Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Dedah jumlah pelajar tak duduki SPM ikut kategori – Ahli Parlimen Batang Lupar

BySheera Abang Mansor

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli menggesa Kementerian Pendidikan mendedahkan jumlah pelajar tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut kategori kawasan.

Menurutnya, bilangan mereka yang terbabit perlu dipecahkan mengikut kawasan luar bandar, bandar dan negeri.

“Minta dinyatakan juga di kawasan mana sama ada di bandar, luar bandar atau negeri yang mana yang tertinggi supaya kita dapat melihat apa sebenarnya yang berlaku di kawasan ini yang menyebabkan ketidakhadiran dalam SPM ini yang begitu tinggi,” katanya ketika ditemui TVS di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Shafizan diminta mengulas mengenai laporan media sebelum ini yang menyebut hampir 30,000 pelajar tidak menduduki SPM.

Tambahnya, isu ketidakhadiran pelajar ini tidak patut timbul di negara membangun seperti Malaysia di saat negara memerlukan modal insan yang baik untuk memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebelum ini memaklumkan bahawa KPM sedang meneliti faktor yang menyumbang kepada ketidakhadiran pelajar untuk menduduki peperiksaan SPM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan