Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyantuni jemaah haji Sarawak yang akan berlepas ke Tanah Suci malam ini. Foto: Mohammad Raffiq (TVS)

Abang Johari mohon jemaah haji Sarawak doakan kemakmuran negeri

ByAkma Salleh

KUCHING, 14 Jun: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap agar jemaah dari Sarawak supaya mendoakan kemakmuran negeri ini ketika mereka mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci.

Premier Sarawak itu berkata, beliau juga berharap kumpulan pertama jemaah haji yang berlepas pada malam ini berdoa agar rakyat Sarawak sentiasa bersatu padu.

Baca artikel berkaitan>>> Seramai 141 jemaah haji bakal berlepas ke Tanah Suci malam ini

“Seterusnya saya juga berdoa agar kalian semua dapat menjalankan amal ibadah dengan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Keberangkatan Jemaah Haji Negeri Sarawak bagi Musim 1444 Hijrah / 2023, di sini malam ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha.

Kumpulan pertama jemaah Sarawak seramai 141 orang dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada pukul 11.20 malam ini dengan penerbangan Malaysia Airlines MH8445 ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah, Arab Saudi.

Pada tahun ini, Malaysia menerima kuota haji berjumlah 31,600 jemaah.

Daripada jumlah itu, seramai 936 merupakan jemaah dari Sarawak yang turut terpilih untuk menunaikan Rukan Islam Kelima itu berbanding 397 pada tahun lepas.

Sementara itu, Abang Johari turut menasihati para jemaah supaya sentiasa menjaga nama baik negara.

“Patuh dengan arahan yang diberikan oleh Tabung Haji, sekiranya berdepan sebarang masalah, rujuk kepada mereka.

“Selain itu, memandangkan cuaca di sana tidak sama seperti di Malaysia, saya harap para jemaah dapat menjaga kesihatan diri serta mendahulukan perkara yang wajib seperti Wukuf,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan