Syed Haziq Hilmi Syed Norris Hikmi atau nama komersialnya, Yedira. Foto: Yedira.

Take It Slow, lagu solo sulung Yedira bakal temui peminat dua hari lagi

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 13 Jun: Berbaki lagi dua hari, lagu Take It Slow bakal menemui peminatnya pada 15 Jun sambil menjanjikan irama mengimbau kenangan kepada pendengar melalui genre R&B.

Syed Haziq Hilmi Syed Norris Hikmi atau nama komersialnya, Yedira, 22, berkata lagu solonya yang pertama itu bakal membuat pendengarnya untuk lebih menghargai masa bersama insan tersayang.

“Lagu ini tentang menghargai setiap saat itu, mempercayai proses dan apabila ia berkaitan dengan cinta, ia harus menuju kepada keinginan menikmati perjalanan bersama pasangan kita daripada tergesa-gesa melakukan sesuatu.

“Saya dapat menjanjikan lagu ini bakal menjadi lagu yang sempurna bagi mereka ingin keluar temu janji bersama pasangan seperti memandu di lewat malam dan berjalan bersama orang tersayang,” katanya ketika ditemu bual TVS pada Isnin.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan, dalam kesibukan menghadapi tahun akhir sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Yedira mendedahkan dirinya juga sedang mempersiapkan beberapa lagu baharu.

“Saya buat masa ini menghasilkan dua atau tiga buah lagu. Tetapi yang membezakannya pada kali ini, lagu ini bukan mengisahkan tentang cinta yang saya selalu hasilkan sebelum ini.

“Ia merupakan lagu berirama sedih dan kedua, ia ditujukan kepada orang tua saya. Ini merupakan sesuatu yang lain bagi saya yang sentiasa menghasilkan lagu bergenre R&B dan Soul,” katanya lagi.

Yedira mula menyanyi pada usia 15 tahun dan memuat naik video nyanyiannya di akaun Youtube miliknya pada usia 17 tahun.

Tahun 2022 merupakan tahun pertama baginya sebagai seorang artis yang bergerak secara sendiri apabila beliau melancarkan lagu pertamanya yang berjudul My Only yang sekali gus menampilkan rakan artisnya, Yuji di akaun Spotify miliknya yang kini mempunyai 176,866 pendengar.

Selain dari menyanyi, Yedira meluangkan masa untuk menggubah lagu, menulis lirik dan bermain permainan video sambil berinteraksi bersama peminat melalui ‘roblox streaming’.

Anak muda ini juga berharap mempunyai peluang untuk berkolabatif bersama artis terkenal seperti MFMF, Colde, dan ramai lagi. – TVS

Tags: lagu, solo, yedira

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan