Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Bernama

STR Fasa 3 disalur sebelum Aidihadha

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, ia memanfaatkan lebih lapan juta penerima.

“Insya Allah. Ini akan melibatkan peruntukan lebih RM2 bilion dan memberi manfaat kepada lebih 8 juta penerima dengan jumlah bayaran antara RM100 hingga RM1,300,” katanya semasa Waktu Soalan Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).

Anwar menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad yang ingin tahu adakah kerajaan akan meneruskan pelaporan perbelanjaan dan pemantauan Belanjawan Negara.

Dalam pada itu, kerajaan juga bakal melaksanakan program yang akan memberi manfaat kepada golongon belia yang antara lain membantu meringankan beban golongan berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, Program eBelia Rahmah itu dijangka akan dilaksanakan pada penghujung bulan ini.

“Program eBelia Rahmah yang menawarkan kredit sebanyak RM200 kepada semua belia berusia 18 hingga 20 tahun serta pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sepenuh masa,” ujarnya.

Sebanyak RM400 juta disediakan bagi tersebut yang akan memanfaatkan 2 juta penerima. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan