Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Sharzede Datu Salleh Askor. Foto: TVS

RWMF 2023 tengahkan mesej penjagaan alam sekitar, pelancongan bertanggungjawab

ByNazirah Adlina

KUCHING, 13 Jun: Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 bukan hanya sekadar festival muzik bahkan ia merupakan plaform untuk menyebar mesej kemampanan serta nilai pelancongan bertanggungjawab kepada orang ramai, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Sharzede Datu Salleh Askor.

Menurut beliau, festival kali ini akan meneruskan inisiatif pihaknya dalam memastikan alam sekitar terjaga sepanjang festival tersebut dengan mengharamkan penggunaan plastik di samping menggalakkan penggunaan bahan terpakai.

Sharzede menambah RWMF kali ini bakal memperkenalkan penggunaan kertas benih yang dikatakan boleh membantu dalam melaksanakan inisiatif hijau STB.

“Apa yang kami perkenalkan kini adalah kertas benih. Di sinilah mereka yang menggunakan pek (makanan), akan ada kertas benih di mana jika anda tidak sengaja menjatuhkannya selepas habis acara,  anda secara tidak langsung menanamnya (kertas benih).

“Ia akan bercambah dan ia adalah kertas biodegradasi iaitu ia akan membantu dalam inisiatif hijau kami dan oleh itu melihat ke dalam kemampanan dan tingkah laku pelancongan yang lebih bertanggungjawab yang kami harap dapat kami capai dengan pelawat,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi TVS berkenaan inisiatif hijau STB untuk festival muzik RWMF 2023 yang bakal membuka tirai pada 23 Jun ini.

Selain kertas benih, Sharzede turut menyatakan seperti RWMF sebelum ini, perkhidmatan bas ulang-alik juga akan disediakan demi mengurangkan pelepasan karbon.

“Jadi bas ulang-alik pastinya untuk mengawal pelepasan karbon. Kami menyediakan perkhidmatan ulang-alik tanpa had untuk pengunjung festival.

“Anda hanya perlu menunjukkan gelang tangan anda atau tiket anda dan ini akan membolehkan anda untuk menggunakan perkhidmatan ulang-alik ini dan ini pasti akan membantu dalam mengurangkan bilangan kereta yang memandu ke kawasan itu,” ujarnya.

Selain itu, sebelum ini STB menyatakan pihaknya turut menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik dari Kuching ke Kampung Budaya Sarawak (SCV).  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan