Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

RM158 bilion dibelanjakan kerajaan sehingga Mei – Anwar

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Sebanyak RM158 bilion atau 41 peratus daripada keseluruhan Belanjawan 2023 telah dibelanjakan sehingga Mei lepas bagi ringankan kos sara hidup rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas beliau, ia merupakan kapasiti terbaik suku tahun pertama dibandingkan dengan tahun tahun sebelumnya.

“RM3 bilion bagi bayaran fasa pertama dan kedua Sumbangan Tunai Rahmah yang memanfaatkan 8.7 juta penerima, RM2.6 bilion bagi bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam dan lebih 1 juta pesara, lebih RM3 bilion bagi perbelanjaan subsidi bil elektrik yang memanfaatkan 9.7 juta pengguna elektrik, lebih RM11 bilion bagi perbelanjaan subsidi produk petroleum petrol RON95, diesel dan gas cecair memasak, lebih RM800 juta bagi tujuan Bantuan Awal Persekolahan yang memanfaatkan lebih 5 juta murid,” ujarnya semasa Waktu Soalan Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).

Anwar menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Noraini Ahmad yang ingin tahu adakah kerajaan akan meneruskan pelaporan perbelanjaan dan pemantauan Belanjawan Negara.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberitahu, Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 di bawah KWSP juga telah dilaksanakan.

“Setakat Mei 2023, lebih 150,000 permohonan diterima dan lebih 40,000 telah menerima pembiayaan dengan jumlah keseluruhan RM830 juta,” katanya.

Antara lain, berkuat kuasa 1 Jun 2023, pemilikan rumah pertama menerusi Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia (i-MILIKI) akan diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman.

“Pengecualian duti setem 100% diberi bagi pembelian rumah berharga tidak melebihi RM500,000 dan pengecualian duti setem 75% diberi bagi pembelian rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1,000,000,” tambahnya.

Pada masa sama, kerajaan juga turut bersetuju supaya duti setem ke atas surat cara pindah milik harta tanah secara kasih saying melibatkan ibu bapa dan anak, datuk nenek dan cucu dikecualikan sepenuhnya terhad kepada RM1,000,000 pertama nilai harta tanah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan