Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk Tatau berpakaian tradisional tempatan menyambut ketibaan rombongan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di sini hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Pertandingan ratu etnik meriahkan Pesta Tatau pada Ogos depan

ByYazid Ibrahim

TATAU, 13 Jun: Pesta Tatau bagi mempromosikan keunikan daerah ini akan dianjurkan pada awal Ogos depan.

Pegawai Daerah Tatau, Jabang Juntan berkata, mesyuarat penyelarasan bagi membincangkan persiapan akan diadakan esok.

Udang galah sepit biru berpotensi jadi produk pelancongan Tatau

Kata beliau, antara program sempena pesta itu termasuklah perlumbaan bot laju, regata, pertandingan ratu etnik, perarakan kebudayaan dan aktiviti kemasyarakatan

“Inilah masa yang sesuai bagi penduduk tempatan memperkenalkan keunikan dan produk kita kepada masyarakat luar.

“Bagi komuniti perniagaan pula, sudah pasti akan membantu meningkatkan jualan masing – masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan rombongan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di sini hari ini.

Jabang berkata, pesta yang dijadual berlangsung pada minggu pertama dan kedua Ogos itu juga dijangka lebih meriah berbanding penganjuran pada tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan