Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Perjanjian Persempadanan Malaysia-Indonesia ambil kira pandangan pihak berkepentingan

BySheera Abang Mansor

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Perjanjian persempadanan maritim Malaysia dengan Indonesia sudah mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan tersebut bagi menjawab empat soalan tambahan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang meminta Perdana Menteri berkaitan perjanjian penyelesaian sempadan Malaysia-Indonesia yang baru ditandatangani.

PM Anwar dijadual perjelas perjanjian sempadan Maritim Malaysia-Indonesia hari ini

Menurut Anwar, Sultan Johor dan Ketua Menteri Sabah sudah diberi maklum perihal rundingan berkenaan “Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) sudah dimaklumkan bahawa perjanjian sempadan ini membabitkan kawasan tiga batu nautika dan tidak termasuk perbatasan Johor.

“Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Hajiji Noor) juga dimaklumkan mengenai rundingan untuk memuktamadkan Pulau Sebatik dan kawasan di Tawau itu ditangguhkan sehingga ada persetujuan baharu kerana kita belum bersetuju,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya lagi, perjanjian itu dimeterai selepas merujuk pakar maritim, Jabatan Maritim, Kementerian Luar, Pejabat Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Ukur dan Pemetaan dan Pusat Hidrografi Nasional Malaysia.

“Menteri Luar dan Kementerian Luar yang banyak menjalankan tugas dalam hal ini dan sebelum kita meterai (perjanjian) saya masih berhadapan dengan pakar-pakar ini.

“Kalau ada nama pakar yang Kota Bharu (Takiyuddin) nak sebut sila nyatakan, jangan pakai semberono saja,” ujarnya.

Berhubung soalan sama ada perjanjian Malaysia-Indonesia itu mengambil kira perjanjian sempadan ditandatangani Singapura dan Indonesia pada 2009, Anwar memberitahu perjanjian tersebut telah dibantah oleh kerajaan Malaysia.

Beliau memaklumkan, ketika itu, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih berada dalam kerajaan.

“Apa yang kita lakukan sampai sekarang, perjanjian Singapura- Republik Indonesia 2009 itu telah dibantah oleh kerajaan Malaysia dan saya maklumkan kepada Presiden Jokowi kerana ia menjejaskan kepentingan Malaysia,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan