Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penolong pegawai perubatan terkorban selepas ambulans dinaikinya terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 330.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Tapah hari ini. Foto hiasan Envato

Mayat lelaki ditemui dengan 10 kesan tikaman

ByTVS

NIBONG TEBAL, 13 Jun: Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui mati dengan 10 kesan tikaman pada badan di kawasan taman awam, Central Island Park, Aspen City di Batu Kawan dekat sini hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, mangsa ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum menghubungi pihak polis kira-kira pukul 9.20 pagi.

Beliau berkata, pasukan forensik, Unit Anjing Pengesan (K9) dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) segera digerakkan ke lokasi bagi melakukan siasatan.

“Mangsa yang disahkan mati oleh pasukan perubatan didapati dalam keadaan berlumuran darah dengan memakai kemeja-T berwarna merah dan berseluar jeans,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan