Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Urusan tawaran pelantikan tetap dan penerimaan tawaran oleh calon simpanan sedang dilaksanakan menerusi Sistem Tawaran Pelantikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (MySTP SPA) dalam tempoh 21 hari bermula pada 2 Oktober 2023. Gambar hiasan. Foto: Envato.

Tujuh klinik subfertiliti LPPKN tawar khidmat rawatan kesuburan lelaki

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Sebanyak tujuh klinik menawarkan perkhidmatan kesejahteraan lelaki bermula tahun lepas dalam usaha membantu menangani masalah kesuburan golongan itu di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Raj Munni Sabu berkata perkhidmatan itu ditawarkan di Klinik Subfertiliti Kuala Lumpur, Klinik Subfertiliti Johor Bahru, Klinik Subfertiliti Pulau Pinang, Klinik Nur Sejahtera (KNS) Jalan Raja Laut, KNS Melaka, KNS Dungun dan KNS Sarawak.

“Yang ketiganya adalah melalui aktiviti-aktiviti advokasi dan promosi di mana selain daripada inisiatif-inisiatif tersebut, kerajaan ada berikan pengecualian cukai bagi rawatan kesuburan sehingga RM6,000 dan bantuan subsidi rawatan permanian berhadas yang disediakan kebanyakannya kepada penjawat awam yang mana mereka turut boleh menuntut daripada majikan perbelanjaan rawatan itu,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Jelasnya, ia merupakan antara tiga inisiatif Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluara Negara (LPPKN) untuk mengatasi masalah kesuburan golongan lelaki di Malaysia.

Raj Munni menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib yang ingin mengetahui apakah inisiatif khusus kerajaan untuk membantu lelaki yang mengalami masalah kesuburan.

Dalam pada itu, Raj Munni berkata hasrat kerajaan untuk membantu pasangan di Malaysia bagi menangani masalah ketidaksuburan khususnya mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah iaitu M40 dan B40 melalui perkhidmatan Subfertiliti LPPKN, telah mencapai objektifnya.

“Berdasarkan data, perkhidmatan ini yang diperkenalkan sejak 1979 hingga April lalu menunjukkan perkhidmatan Subfertiliti LPPKN mendapat sambutan memberangsangkan dan dalam tempoh berkenaan sebanyak 40,576 kes baharu direkodkan dengan 262,657 kes ulangan telah dicapai,” katanya.

Setakat ini, jumlah kes baharu tahunan dianggarkan sebanyak 1,500 hingga 2,000 setiap tahun, menunjukkan perkhidmatan Subfertiliti LPPKN terus mendapat sambutan konsisten, manakala jumlah kes ulangan boleh mencecah sehingga 9,000 kes setiap tahun.

“Secara langsung, angka itu menunjukkan keyakinan pasangan untuk terus mendapatkan perkhidmatan Subfertiliti LPPKN,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan