Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing meninjau kaunter Perkeso bergerak di pasar tamu Bintangor, pada Jumaat. Foto: TVS

RUU Kawalan Produk Merokok dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Parlimen

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen untuk penelitian lanjut.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mencadangkan perkara itu berdasarkan Peraturan 54 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat supaya ia dirujuk kepada jawatankuasa itu bagi membuat syor-syor selain meneliti dasar Generasi Penamat (GEG) serta peruntukan berkaitan.

Dr Zaliha menjelaskan RUU itu adalah yang baharu selepas mengambil kira syor-syor perbincangan JKPK Kesihatan pada tahun 2022 dan pertambahan pindaan baharu terhadap dasar GEG.

“Mengambil kira sesi libat urus dengan JKPK Kesihatan pada 6 Jun lepas bersama Ahli Parlimen, badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), terdapat permintaan agar beberapa perkara dilihat dan diperhalusi lebih lanjut,” ujarnya.

Justeru, beliau menegaskan RUU itu memerlukan sokongan tidak berbelah-bahagi daripada semua pihak bagi merelisasikan perkara berkenaan.

“Oleh itu, KKM mencadangkan ia dirujuk kepada JKPK Kesihatan bagi penelitian lanjut selain jawatankuasa ini yang berfungsi sebagi mekanisme semak dan imbang yang akan ambil kira pandangan semua pihak,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat selepas membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali pertama di sini, hari ini.

Tambahnya, KKM akan terus komited bagi memastikan RUU Kawalan Produk Merokok demi kesihatan awam itu dapat diluluskan dalam masa terdekat demi generasi masa depan.

Untuk rekod, pada 26 Mei lalu, Dr Zaliha menyifatkan perkara itu kejayaan buat KKM apabila mendapat sokongan Kabinet untuk RUU tersebut dibentang.

Pada sesi taklimat bersama media 6 Jun pula, beliau berkata KKM telah memasukkan semua 23 cadangan pindaan terdahulu serta lima cadangan baharu dan RUU itu disifatkan lebih komprehensif dan meliputi bukan sahaja rokok konvensional tetapi juga rokok alaf baharu termasuk elektronik serta rokok combustible.

Bagaimanapun, Dr Zaliha berkata RUU itu masih mengekalkan peruntukan dasar GEG, manakala perubahannya adalah pada cohort generasi yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan