Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Foto: Bernama.

Pindaan perundangan tangani isu legasi yang belum selesai

BySheera Abang Mansor

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Pelbagai perundangan telah dipinda dalam sesi Parlimen yang lepas khususnya bagi menangani beberapa isu legasi yang telah lama wujud dan tidak diselesaikan oleh Kerajaan sebelum ini, kata Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi.

Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tahun 2020 berkata, Kerajaan Madani telah memansuhkan hukuman mati mandatori dan telah menggantikan hukuman tersebut dengan hukuman alternatif.

“Selain itu, hukuman penjara sepanjang hayat (natural life sentence) juga telah dimansuhkan.

“Pindaan kepada pelbagai akta ini telah membawa kepada perubahan besar dalam polisi penghukuman di negara kita yakni mencipta satu sejarah memandangkan tiada Kerajaan sebelum ini berani melaksanakan pindaan-pindaan sebegini,” katanya pada sesi perbahasan dalam Persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Selain itu, katanya, kerajaan juga telah menggubal satu Akta iaitu Rang Undang-undang (RUU) Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 untuk membuat semakan semula rayuan banduan-banduan yang dijatuhkan hukuman mati mandatori dan hukuman sepanjang hayat.

“Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak 2017 dan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 juga telah di pinda untuk memberi lebih banyak perlindungan kepada kanakkanak secara keseluruhannya,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata Kerajaan juga akan mempertimbangkan beberapa penambahbaikan dan pindaan lanjut kepada Akta yang sama sebagai Fasa II dalam sesi Parlimen yang akan datang.

“Pindaan-pindaan lain juga telah dibuat termasuk tambahan peruntukan baharu bagi kesalahan menghendap dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah selain pemansuhan peruntukan kesalahan cubaan membunuh diri iaitu seksyen 309 dalam Kanun Keseksaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan