Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pelajar lelaki di Sibu cedera selepas terjatuh dari tingkat dua balkoni sekolahnya pagi tadi. Foto IPD Sibu.

Pelajar lelaki sekolah menengah di Sibu cedera terjatuh dari balkoni

SIBU, 12 Jun: Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini cedera selepas dilaporkan terjatuh dari balkoni di tingkat dua sekolahnya di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh petugas Hospital Sibu pada pukul 7 pagi.

“Polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa yang berumur 14 tahun terjatuh di atas bumbung pejalan kaki,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kejadian tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan