Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Hazland Abang Hipni semasa latawan di Jabatan Kejuruteraan Kimia Imperial College London, baru-baru ini. Foto: MEESty.

MEESty rancang kerjasama dengan ICL berkaitan CCS 

ByDayu Adruce

KUCHING, 12 Jun: Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty) merancang bekerjasama dengan Imperial College London (ICL) menerusi penyelidikan penangkapan/ pengawalan dan penyimpanan karbon (CCS). 

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni berkata, kerajaan Sarawak akan memainkan peranan yang sangat penting dalam mitigasi perubahan iklim. 

Ia selari dengan hasrat kerajaan Sarawak menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada lawatan ke Jabatan Kejuruteraan Kimia ICL baru-baru ini. 

Menerusi lawatan tersebut, beliau turut didedahkan mengenai proses proses penangkapan karbon berasaskan amina yang merupakan langkah penting dalam proses CCS. 

Turut serta dalam lawatan tersebut, Ketua Bahagian Tenaga MEESty, Ikmal Hisham Maharon. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan