Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga suspek terdiri daripada lelaki warga tempatan dan asing direman di Mahkamah Majistret Butterworth, semalam bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki warga asing. Foto: TVS

Lelaki warga asing mati ditikam, majikan dan rakan diberkas

BUTTERWORTH, 12 Jun: Polis memberkas tiga lelaki selepas disyaki terbabit dalam kes kematian seorang lelaki warga asing dalam pergaduhan di sebuah pangsapuri di Mak Mandin di sini, kelmarin.

Mangsa berusia 33 tahun itu meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya di sini pada kira-kira 2 pagi akibat tikaman di perut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Asri Shafie berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 10 malam pada hari sama selepas polis menerima laporan daripada pihak hospital.

Ujarnya, suspek warga asing dan tempatan berusia antara 28 hingga 40 tahun yang ditahan di dua lokasi itu merupakan majikan dan rakan sekerja mangsa.

“Siasatan mendapati salah seorang suspek mengaku mencederakan si mati sebelum dia melarikan diri.

“Kejadian dikatakan berpunca daripada pertengkaran mulut antara mangsa dengan suspek ketika kedua-duanya dalam keadaan mabuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Asri berkata, polis turut membuat rampasan barangan seperti telefon bimbit, sebilah pisau, dua botol minuman keras, seluar pendek dan kemeja-T yang digunakan salah seorang suspek semasa kejadian.

Ujarnya, ketiga-tiga mereka direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan